Acar Limau ‘Hannah’ keluaran AASB diperbuat daripada 100% bahan asli segar bermutu tinggi. Limau nipis yang digunakan di dalam pengeluaran acar limau ‘Hannah’ menggunakan gred limau nipis tertinggi yang terpilih, dipetik segar daripada ladang limau kami di Perak. Penghasilan acar limau ‘Hannah’ dilakukan melalui proses kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan kebersihan, mutu dan citarasa yang sentiasa terkawal.
Hannah Acar Limau (Pek Berkembar)
RM 20.00
Acar Limau merupakan salah satu hidangan tradisi Malaysia yang terkenal terutamanya di utara tanah air. Acar Limau ‘Hannah’ diperbuat menggunakan resepi yang telah diperturunkan selama 3 generasi dan kini dikomersialkan untuk memberi peluang kepada generasi baru menikmati keenakan, keunikan dan keaslian rasa makanan tradisional ini di samping memastikan hidangan Acar Limau ini tidak luput ditelan zaman.
- Berat Minimum : 220g
- Pek Berkembar
Limau nipis yang telah dipetik, akan melalui proses pengredan untuk memastikan buah yang terbaik dan saiz yang sesuai dan setara. Setelah digred, limau nipis tersebut melalui pula proses pembersihan secara manual di mana setiap biji limau nipis ini akan dibersihkan dengan teliti sebelum dijeruk.
Jeruk limau nipis yang telah matang kemudiannya dimasak secara tradisional bersama rempah ratus yang terpilih yang menghasilkan Acar Limau yang kaya dengan kekuatan rasa dan aroma. Kebersihan dan sumber yang halal merupakan aspek yang sentiasa diutamakan dalam penghasilan Acar Limau ‘Hannah’ ini untuk memastikan piawaian halal dan toyyiban sentiasa dipatuhi.